Thursday, March 25, 2010

... ???? ...

I've been cheated by you since i don't know when
So i made up my mind, it must come to an end
Look at me now , will i ever learn
I don't know how but i suddenly lose control
There's a fire within my soul
Just one look and i can hear a bell ring
One more look and i forget everything, woooh

Mamma mia here i go again
My my, how can i resist you?
Mamma mia, does it show again?
My my, just how much i've missed you
Yes, i've been brokenharted
Blue since the day we parted
Why, why i ever let you go?
Mamma mia, now i really know
My my, i could never let you go

I've been angry and sad about this things that you do
I can't count all the times that i've told you we're through
And when you go, when you slam the door
I think you know that you won't be away too long
You know that i'm not that strong
Just one look and i can hear a bell ring
One more look and i forget everything, wooooh

Mamma mia, here i go again
My my, how can i resist you?
Mamma mia, does it show again?
My my, just how much i've missed you
Yes, i've been brokenhearted
Blue since the day we parted
Why, why did i ever let you go?
Mamma mia, even if i say
Bye bye, leave me now or never
Mamma mia, it's a game we play
Bye bye dosen't mean forever




... sure korang pernah denga lagu nie kan .. dulu aku denga gitu-gitu aja .. sekarang bait2 lagu nie amat kena ngan jiwe hatiku .. MAMMA MIA by ABBA.. MY MY I COULD NEVER LET YOU GO ..



Monday, March 22, 2010

hartaku .. amanahku .. racunku .. ubatku (PART 1)

pernah ke anda semua terfikir apakah harta yang paling bernilai di dunia ini .. tentu ramai yang bersetuju jika aku nyatakan harta yang paling berharga adalah ANAK .. tetapi pagi ini semasa aku membaca paper ada lagi kes buang anak di semak .. mujur umurnya masih panjang tetapi kesian bila di kenangkan dia telah pucat kesejukkan akibat kena air hujan .. adoiiii tak adakah nilai simpati si ibu terhadap anak itu .. paling2 taruh le di tempat teduh dan selamat dan di yakini ada insan2 lain yang boleh menjumpainya ..

sebut pasal pengalaman bersalin ini aku mengalami 4 pengalaman yang berbeza setiap satunya .. aku terpanggil untuk berkongsi pengalamanku di sini .. bukan untuk menunjukkan aku hebat tetapi untuk mengenangkan bukan mudah untuk mengeluarkan satu nyawa dari dalam tubuh kita ini ..

anakku yang sulung AIMAN .. semasa mengandungkannya aku tidak mengalami alahan langsung cume aku tidak bole makan asam or jeruk .. kalo makan memang kompom aku akan muntah .. paling2 masam aku makan ialah buah oren .. cabaran bermula pada hari ahad 22 feb 1998 .. semasa aku sedang menjemur baju di rumah mak .. tetibe datang satu bisa yang tak pernah aku rasa sebelum ini .. mujur mak perasan dan bertanya apa yang tak kena .. aku mengatakan aku rase saket lain macam di bahagian pinggang ke bawah .. dalam keadaan sedikit kalut aku di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut .. berdebar rasa hati ini tetapi ibuku telah berpesan .. walau sesakit mana pon nanti jangan jerit .. kita orang islam .. aku sebenar amat takut ketika itu tetapi nak wat cam mana .. nak tak nak kena tempuhi jugak .. setelah pemeriksaan di lakukan aku di beritahu baru 1 cm terbuka .. aku tak paham dan bertanya nak kena berapa cm baru bole beranak kak .. dia cakap paling elok 10 cm .. 8 cm pon dh ok kalo bb kecik .. kakak misi cakap lagi .. anak pertama yer .. lambat lagi nie .. paling2 esok .. aku ingat boleh balik .. tetapi di tahan kerana telah buka 1cm .. maka bertambahlah debaran di hati ini .. sakit dia come and go .. aku masih bole ketawa dan gelak .. bila masuk senja sakit makin kerap dan hasil pemeriksaan baru 4cm .. bayangkan dr pagi bawak ke senja baru 4cm .. ada lagi 6cm .. huhuhuhu .. baru aku tahu seksanya bagaimana .. itu belum di kira dengan lendir + darah yang keluar .. memang tak keruan lah aku jadiknya .. berpeluh sakit penat .. semua cukup .. masuk malam aku dh tak bole tidur .. aku rasakan walau seminit jarum tu macam sehari dia bergerak .. dipendekkan cerita .. pagi 23hb semasa wad round doktor .. bukaan tetap 4cm .. maka doktor memutuskan untuk memecahkan air ketuban dengan alasan akan mempercepatkan proses pembukaan pintu rahim dan mempercepatkan proses kelahiran .. aku di bawa masuk ke labour room tepat jam 10 pagi .. orang katil sebelah2 semua bersilih ganti .. tapi aku .. masih di situ .. jam 3 petang .. doktor india yang bertugas jadi hilang sabar dan dia mengatakan kepala anakku sedikit lari dari lorong dan dengan sukacitanya dia menyeluk dan memutar kepala tersebut .. saket ke .. hahahaha menjerit aku di buatnya .. dan masih juga tidak terbuka dengan sempurna pintu rahim .. baru 6cm .. induce sudah .. gas oksigen sudah .. jam 5 petang aku sudah kehabisan tenaga .. sakit contraction dah hilang entah ke mana .. baby heart beat dah amat lemah .. doktor india tu blah sbb shift dh habis .. di ganti ngan doktor melayu perempuan .. keputusan di buat aku kena operate .. aku cakap apa2 ajalah janji selesai .. saya dh amat penat .. tetapi sayang hospital kg bilik OT hanya satu dan sedang di gunakan .. maka kaedah lain ialah forcep .. aku di bius separuh badan dan tau2 anakku telah di paksa keluar .. ahhhhhhh LEGA .. aku ingin menatap nyer tetapi di halang oleh bidan2 senior .. mereka mengatakan anak u sedikit cedera akibat kesan forcep .. aku cakap tak per lah janji dah selamat .. dan jahitan yang aku terima .. bukan 3 jarum tetapi 3 GELUNG benang .. bayangkan koyakan yang di hadapi .. aku redha demi anakku .. setelah semua selesai aku masih belum di beri peluang untuk menatap anakku .. sampai aku di tolak ke wad baru aku dapat melihat kesannya .. cam nak jatuh jantung aku kerana kesan dia amat menyedihkan .. bibir gusi luka .. mata putih berdarah .. belakang kepala berdarah .. kening berdarah .. tetapi aku hanya menangis dalam hati .. seburuk mana pon rupa nya dia tetap anakku ..

episod sensara aiman tak berakhir di situ .. dia mengalami kuning yang amat serius kesan daripada jangkitan kuman pada luka yang di hadapi .. aku berkampung lagi 2 minggu di hospital .. nyaris2 kena tukar darah tetapi mujur bacaan yang di ambil turun setelah setiap 1 jam cik nurse akan datang untuk mengambil darahnya .. bayangkan bayi sedang lena tidur di cucuk untuk mengambil darah .. dah kering air mata ini menangis mengenangkan nasib anak sulungku .. tetapi doktor juga telah berpesan yang kesan dari kuning ini akan efek keupayaan otak dia bila besar .. aku berserah aja ..

aku stop sini dulu .. nanti aku sambung pengalaman aku untuk anak ke 2 3 dan 4 .. tungguuuuuuuuuuu

Wednesday, March 17, 2010

Jangan Bersedih Lagi

aku terpanggil untuk menyentuh topik ini kerana ia umpama kata-kata semangat buatku jua agar berhenti bersedih, berhenti menyesali nasib dan kawasan yang sewaktu dengannya .. terima kasih buat temanku yang paling setia (aku tau ko tau sapa yang aku maksudkan) kerana tak jemu-jemu menasihatkan aku .. memberi semangat dan sebangainya agar aku kembali BERNYAWA dan lebih menghargai kehidupan yang mendatang ..

aku mengaku seminggu yang lalu aku memang terase seperti ZOMBIE .. siang malam tiada bezanya buatku lagi (seb baek tak jadi seperti kasim selamat dalam ibu mertuaku) .. tapi perlahan-perlahan aku belajar menerima apa yang telah di tentukan .. mungkin .. MUNGKIN .. ada hikmah di sebalik apa jua yang berlaku kini .. MUNGKIN aku akan menjadi seorang insan pekerja ibu yang lebih baik dari semalam kerana aku kini lebih menghargai sebuah kehidupan .. aku nampak kini hidup jika terlalu sama rentaknya maka akan malaplah suasananya .. ia perlukan WARNA .. dan segala cabaran dan dugaan yang berlaku adalah warna-warna itu ..

aku kini hanya memandang ke hadapan .. aku tak ingin lagi memandang ke belakang (jeling2 mungkin kot) .. aku harus maju dan maju dan maju .. times dont wait for anyone .. ini adalah kehidupanku kini .. aku want to be a new me (INSYAALLAH) ..

Saturday, March 13, 2010

aku .. dia .. kami

aku ..

pada usiaku kini bakal menginjak ke 35 tahun .. aku menginjak ke satu fasa besar di dalam hidupku .. mbo

dia ..

dia .. aku tak dapat memastikan keadaan dirinya tetapi dari nadanya dia amat ceria dan gembira kini ..

kami ..
kami tetapi punya tanggungjawab yang sama .. amanat yang sama .. hanya masa yang akan menentukan ...


entah lahhhhhhhhhhhhhhh

jikaku tahu begini sudahnya ...

melihat pada tajuknya pasti ada yang terpikir pasti aku sedang menyesali akan sesuatu .. mungkin yer ..mungkin juga tidak .. aku tidak pernah menyesali apa yang telah aku lalui didalam hidupku ini selama hampir 35 tahun aku bernafas di bumi Allah ini ..

ia penuh dengan warna duka dan ceria .. tawa dan tangis .. aku amat bersy ukur kerana warna-warna inilah telah menjadikan aku seperti hari ini .. aku percaya tak semua yang aku ingini aku akan kecapi tetapi tak salah jika aku berusaha untuk itu ..

aku juga percaya tiada seorang pun insan di dunia ini yang bergelar manusia selain dari junjungan kita ada insan yang sempurna .. semua tak lari dari melakukan kesilapan kerana dari kesilapan itu membuat dan menjadikan kita lebih dewasa .. sedangkan nabi Agung kita mengampunkan umatnya .. inikan pula kita manusia yang kerdil dan hina ini .. apa hak kita untuk tidak memaafkan kesalahan seseorang itu .. apa hak kita tak ingin memberinya peluang kedua untuk dia menebus kesilapan yang lalu .. terlalu hinakah dia di mata kita sampai kita tidak ingin memberikan dia peluang kedua ..

kehidupan adalah satu roda .. kadang kala di atas kadang kala di bawah .. kita juga tidak tahu apa yang telah menanti kita dihadapan sana .. semuanya telah tertulis sebelum kita wujud lagi didunia ini .. ajal maut jodoh pertemuan .. semua telah di tentukan cuma kita sahaja yang tahu akan rahsia agung ALLAH itu .. jika kita tahu begini berakhirnya sesebuah perkahwinan yang menemui kegagalan di tengah jalan .. pasti dari awal-awal lagi kita tak ingin terlibat didalam ikatan tersebut .. kerana ia sebuah pengakhiran yang menyakitkan .. tapi kita TAK TAHU .. dan bila ia terjadi .. BAMMMMMMMMMMM ia seperti sebuah tamparan yang hebat tepat ke pipi kita .. dan mula kita akan memikirkan adakah ini penghujung kepada kehidupanku .. adakah ini satu titik tolak kepada satu kehidupan yang lebih bahagia .. kita TIDAK TAHU .. dan kita kena melalui hari demi hari untuk merungkai misteri tersebut ..

ia semua berbalik kepada kehidupan ku kini .. aku harus terus menempuhi hari mendatang untuk mengetahui apa yang menanti dihadapan sana .. aku amat berharap agar diberi peluang kedua kali untuk menebus kesilapan aku yang telah lalu .. aku harus bersyukur di turunkan ujian ini kerana aku percaya ALLAH tahu akan kekuatan diri umatnya untuk menerima setiap ujian yang diturunkan .. dan aku berjanji pada diri sendiri jika peluang kedua itu diberi padaku .. aku ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya .. INSYAALLAH ..

Thursday, March 11, 2010

BUNTU ... KELIRU ... PERSIMPANGAN DELIMA

aku kini amat buntu dengan keadaan diri aku sekarang ini .. kenapa aku jadi begini .. mungkin kerana permasalahan yang melanda diri ini ketika ini .. bak kata orang tua .. Di Luah Mati Emak .. Di Telan Mati Bapak .. apakah keputusan yang paling TEPAT untuk aku ambil ketika ini .. tapi yer mungking ada benarnya kata-kata seorang teman aku .. apa-apa jua keputusan yang ingin kau ambil .. jangan di pengaruhi oleh orang yang tak mengerti apa yang sedang kau lalui ketika ini .. Pisau dan Timun di tangan kau .. terpulang untuk kau untuk mencorakkannya ..

memang benar kata temanku itu tetapi keputusan yang bakal aku buat nie akan melibatkan satu jangka masa amat panjang dan ia bukan hanya melibatkan diriku .. lebih UTAMA adakah ia bakal memanafaatkan permata2 hatiku atau ia akan membawa mereka lebih terkecewa dari sekarang ini ..

entahlah .. Ya ALLAH .. aku teramat Buntu Keliru dan di Persimpangan Delima ketika ini .. berilah sedikit pedoman agar aku boleh membuat sesuatu keputusan yang paling TEPAT .. dan aku juga mohon agar sesapa yang disekelilingku ketika ini memberi aku sedikit ruang untuk aku merenung dan menilai manakah jalan atau lorong yang ini aku dan permata hatiku pilih ..

Buntu Keliru dan benar-benar di Persimpangan ... rase-rasenya malam ini akan mengalir lagi mutiara jenih dari kolam mataku .. sememangnya aku teramat letih ketika ini ..

Wednesday, March 10, 2010

march / mac ..

walaubagaimana pun ejaannya .. march or mac .. please go away .. too much pain had happen to me during this particular month .. last year 28th march aku di %^&**%$ dan tahun ini tanggal 9 mac aku telah *&^%$## .. oh aku amat berharap agar bole lah kiranya tahun hadapan aku terus melangkau ke April ..

tetapi ini semua amat mustahil kerana Mac pasti akan datang setiap tahun .. nak atau tidak aku kena tempuhinya juga .. aku amat berharap agar tahun hadapan aku akan KUAT untuk menghadapi kedatangan bulan mac ..

aku amat berharap agar ada sinar di sebalik semua kejadian ini dan mane tahu MUNGKIN bulan mac tahun hadapan SINAR itu akan muncul pula .. AMINNNNNNNNNNNNNNN

semalam biarlah semalam ..

semalam tanggal 9 mac 2010 .. satu tarikh yang tak mungkin aku akan lupakan dalam hidupku .. ianya berlaku terlalu pantas .. dan kini aku akan melalui satu fasa baru di dalam hidup ini .. yer aku KENA .. MESTI .. WAJIB .. tabah dalam menjalani ujian ini .. aku kena jadi orang baru demi anak-anakku .. i MUST be strong .. aku tak boleh terus-terusan menyalahkan diri sendiri .. aku tak boleh terus-terusan shut my out like this any more .. aku kena BANGUN ..

ya ALLAH kuatkan lah semangat aku ini demi anak-anakku .. yang pergi biarlah menjadi lipatan sejarah .. aku tak pernah menyalahkan takdir .. aku tak pernah menyesali apa yang telah berlaku .. semua yang berlaku membuatkan aku lebih matang ..

hari ini tanggal 10 mac 2010 aku akan menjadi orang baru .. aku mahu tanamkan kesedihan aku jauhhhhhhhhhhhhhh jauh .. semalam memang hari serabut aku .. hari ini selepas 24jam kejadian itu berlaku .. aku kena BANGKIT semula .. i have to plan my self .. biarlah dia tak perlukan aku lagi tetapi anak-anakku masih memerlukan aku sehat gembira di samping mereka ..

aku teringat sebuah lagu lama ini .. antara baitnya ialah HATI MENANGIS TAK SIAPA YANG TAHU .. yer itulah aku sekarang .. let it be just inside of me .. janji orang tengok aku ceria di luar .. biarlah air mata ini mengalir ketika hanye aku bersendirian .. ketika anak2ku semua sedang lena di ulit mimpi .. ketika kegelapan malam menyelimuti suasana .. dan pada ketika itulah aku akan izinkan air mata ini mengalir .. bukan lagi didepan anak2ku .. itu janjiku pada diri sendiri

untuk mr CM .. jika dia membaca luahan hatiku ini .. ingin aku luahkan disini dengan seikhlas hati .. terima kasih kerana hadir dalam hidupku .. terima kasih kerana sudi memberi 4 permata indah yang tak ada tolok bandingnya di dunia ini .. terima kasih kerana sudi menjadi teman yang paling sporting selama ini .. terima kasih untuk SEGALAnya .. halalkan makan minumku selama ini .. semoga kita akan terus bersahabat sampai bila2 .. insyaallah

Followers