Sunday, July 19, 2009

aiman dah KAYA

hehehehe itulah tajuk post ari nie .. anak sulung ku aiman pada jumaat yang lalu telah menjual sausages di sekolah sempena HarI Usahawan .. Kecoh nya bukan main kerana dari awal minggu sudah remind aku tentang aktiviti hari Jumaat tersebut .. maka pagi Jumaat subuh2 gelap aku dah bangun siapkan barangan jualan dia .. bukan apa sangat sekadar sausage sahaja .. yang kemudian di bungkus siap-siap di dalam plastik .. Isu kedua ialah berapa dia patut jual .. Aku mengatakan ikut suke ler maka dia pon berada di persimpangan delima antara 50 sen atau RM1 .. dan seperti biase adik perempuannya akan menyelesaikan persoalan abangnya .. dia mengatakan selalu di sekolah 1 sausage dijual 50sen dan ini satu plastik ade 2 so jual le RM1 .. si abang pulak tak sampai hati kerana katanya MAHAL nnt tak laku penat nnt nak kena bawak balik umah .. Maka aku as usual menggunakan kuasa HAKIM meletakkan harga antara 50 sen atau RM1 (minta dia merujuk kepada cikgunya) dan jika ada lebih pergi sedekah ke kawan-kawannya .. selesai satu isu .. isu ke3 .. dia mintak di beri duit pecah sebab nanti nak jualan senang nak kasik baki .. maka aku kasik le RM1 ada 2 keping dan duit syiling ada dalam RM3 ..








setelah pulang kerja aku menanyakan status jualannya .. maka dengan bangganya dia mengatakan jualan dia habis semua dan sekarang dia dah KAYA .. dia untung RM21 .. Alhamdulillah ..








bersama-sama ini aku letakkan gambar keuntungan jualan Aiman aka AIMAN OKB .. hehehe

Saturday, July 18, 2009

Mengalah atau Tidak


telah dua tiga hari aku memikirkan persoalan ini .. Mengalah atau Tidak .. ramai kawan-kawan rapat aku mengatakan aku pasti MENGALAH .. sama seperti situasi-situasi yang sebelum ini .. pada aku mengalah bukan bererti aku kalah or salah tetapi lebih kepada mengelakkan kekeruhan yang berpanjangan .. hidup kena di teruskan dan jika masalah ini masih tidak dapat di selesaikan .. macam mana ingin meneruskan hidup dengan bab yang baru .. tetapi adakalanya kata-kata kawanku ada benarnya .. sampai bila ingin mengalah .. sekali sekala perlu tegas dengan pendirian .. entahlah .. susah jugak benda nie .. aku berharap agar pihak A akan make a move for this time .. tetapi pihak A lebih rela membiar keadaan seperti sekarang .. dan mungkin si A beranggapan ahh esok lusa dia akan call as USUAL .. mungkin tekaan dia TEPAT .. mungkin juga BAKAL tersasar .. kerana apa .. kerana aku amat TERGURIS .. maka sampai bila COLD WAR bakal berlanjutan .. di sini aku letakkan sekuntum bunga yang di panggil :BLEEDING HEART" .. mewakili hatiku ini ketika ini ..

Friday, July 17, 2009

my BLOG

kalau di perhatikan blog aku nie seminggu yang lalu dan sekarang memang banyak perubahan .. hehehe .. aku rasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku menulis blog .. SEBABnya .. adalah kerana aku tak ingin memikirkan perkara-perkara yang membuat aku digelar "SAKIT JIWA" oleh seorang umat nie .. maka segala amarah aku .. aku lepaskan ke dalam blog ini .. hari ini sahaja aku sudah menulis 3 post dan meletak macam-macam benda dalam blog ini .. yang terkini adalah BIRTHDAY COUNTDOWN .. tujuan aku meletakkan ia di sini .. tak lain dan tak bukan adalah untuk peringatan kepada diri sendir iaitu KAU MAKIN TUA .. maka kita sebenarnya tak boleh asyik memandang ke belakang .. kita KENA / WAJIB memandang LURUSSSSSSSSSSSSS ke depan .. CHIO CHIO CHIO ...

Followers