Sunday, November 1, 2009

NOVEMBER

salam,

bulan November .. bulan yang aku nanti2kan kerana banyak tarikh2 penting dalam hidup aku ada dalam bulan NOVEMBER ... HEHEHEHE ...

pertama2nyer ialah TENTUlah pada 12 November 1975 tepat jam 12.08am seorang anak chomel telah dilahirkan ke donia lalu diberikan nama Noor Azlinda Abd Aziz (aku ler itu) ..

keduanyer plak .. pada tanggal 20 November 1996 jam 4pm aku selamat bergelar istheri kepada jejaka bernama Ramli Said .. tahun ini genap 13 tahun .. aniberseri kami .. banyak yang telah kami lalui suka duka susah senang .. dari menyewa bilik yang penuh pijat sehingga memiliki rumah sendiri .. aku sebenarnya bersyukur dipertemukan dengan dia .. mungkin dia bukan insan yang sempurna dan hebats .. tetapi ntahlah terlalu sukar aku nak perjelaskan kenapa aku masih sudi bergelar isteri dia .. sekarang kami telah mempunyai 4 orang cahaya mate (3 lelaki & 1 perempuan) .. thanks abah for being part of my life ..

ke3 pada tanggal 14 November 2009 aku dan anak2 akan berchoti ke Swiss dan akan melawat suamiku yang bertugas disana .. dan pertama kali jugalah aku akan merasa bagaimana suasana musim luruh / sejuk kerana selama ini aku hanya melihatnya di kaca tb sahaja ...

maka sudah pastinya kedatangan November kali ini amat aku nantikan ..

1 comment:

din said...

selamat bercuti lah macam tu
http://parent-corner.blogspot.com/

Followers