Tuesday, November 17, 2009

aku kini di bumi SWISS

telah selamat tibe di bumi swiss pada jam 1215 tgh ari pada tanggal 14 Nov 2009 .. keadaan diri pada ketika itu .. PENAT .. perjalanan yang panjang ditambah mengelola 4 orang anak2ku .. mujur transit di dubai makin mudah .. mungkin kerana bangunan baru dia telah siap ..hari ini hari ke empat aku disini .. cume berjalan sekitar kawasan rumah sahaja kerana suamiku masih berkerja .. tak per lerlah .. bole gaks update blog aku nie kan ..suhu tak menentu kejap ujan kejap cerah tp yang pasti sejuk .. daun2 berguguran almaklum kedatangan aku kali ini pada musim luruh .. siang yang amat pendek .. pukul 8 malam sama seperti jam 10 malam di tanahair .. tetapi suke melihat anak2 kecil memakai jaket (amat comel) ..hari ini menurut suamiku tiada apa-apa aktibiti yang akan dilakukan hanye pada sebelah petang nanti pergi ke taman berhampiran untuk bermain ..

di sini aku selitkan sedikit gambar-gambar yang telah sempat dirakam ..

Sunday, November 8, 2009

Kenapa Tak Nak Tidor Nieeee.....

Kenapa mate ari nie .. tak ngantuk langsung .. jam dah hampir pukul 2 pagi .. ape yang mengganggu pkran aku ketika ini .. MACAM2 .. lagi 6 hari untuk ke swiss tapi persiapan amat perlahan .. penemuan perkara yang sebenarnya TIDAK lagi mengejutkan cuma ia sekadar MENAMBAH koleksi lubang dan luka di hati .. tapi syukur kerana hari ini airmateku tidak lagi tumpah .. SYUKUR .. mungkin aku sudah JEMU dengan penemuan demi penemuan or mungkin aku dan DONT GIVE A DAM .. atau aku mungkin sudah meMAAFkan pihak yang terlibat .. aku sendiri tak tahu .. lupekan tentang penemuan HARTA KARUN ku itu .. biarlah ia kekal statusnya sebagai HARTA KARUN ..

aku ingin berkongsi tentang kejadian semalam .. aku telah menCILIkan dan meNAMPAR mulut anak dara aku gara2 dia telah menS#%&)*&*@! adik dia .. kunon geram le .. aku ape lagi PANGGGGG tangan aku hinggap ke mulut dia dan cili menjadi makan malam dia semalam .. aku memang PANTANG that words wujud dalam kamus rumah aku .. i have ENOUGH of that kinds of words sepanjang proses aku membesar dan aku mmg HARAMkan all those words menjadi mainan di bibir2 anak2 aku .. pagi tadi bila aku bertanya mana dia belajar bercakap sedemikian .. dia hanya menjawab .. dia selalu denga kawan2 dia cakap jadi dia pon cakaplah .. so aku apa lagi bukak le khutbah sarapan pagi ke dia .. aku LISTkan all kinds of words yang aku tak ingin denga (kalo bole ler .. selagi aku masih berupaya mencegahnya) .. dia hanya mengangguk dan berjanji tak akan ulangi lagi .. harap2 dia SERIK ler ..

lagi 6 ari untuk aku ke swiss tapi mungkin ini dugaan kerana asthma aku yg lama tak bertandang .. sekarang dia tengah bertandang di dalam diri aku .. adussssss .. dugaan betol le .. harap2 ia sembuh b4 aku ke sana kerana menurut suamiku cuace disana telah sejuk .. kalo tak alamat aku dok bertapa le dalam umah aje .. doktor telah membekalkan sebeban ubat utk aku .. tercekik2 aku mkn ubat2 tu .. tapi telan aje le .. untuk kebaikkan diri sendiri juga .. aku nk nyanyi le lagu yang selalu aku nyanyi ngan anak2 aku tapi aku olah sket le lirik dia .. COUGH2 go away come again another day .... AMINN .. Insyaallah ..

kalo lagi 6 hari untuk aku ke swiss maknernyer lagi 5 hari untuk aku menginjak usia 34 taun .. kejap aje kan dan 34 taun .. cam dah tue plak rasenyer .. ape yang telah aku capai dalam hidup ini sepjg usia aku 34 tahun .. banyakkkk .. macam2 ADA .. ada pahit .. ada manis .. ada masam .. ada pedas .. semua itu aku tak akan tukar ngan RM kerana ia amat berNILAI .. dan ia juga telah menjadikan aku seperti apa yang kawan2 aku kenal aku pada hari ini .. to all my friends TQVM kerana sudi menjadi kawan aku .. sudi mendenga keluh kesah aku selama ini .. semoga kite akan KEKAL bersahabat sampai bile2 .. bak kate pepatah Berkawan Biar 1000 Berkasih Biar 1 .. TQ TQ TQ TQ ..

ok lah .. cukuplah celoteh ku untuk pagi nie .. nak layan SEHATI BERDANSA kejap or layan CD korea .. janji bole buat mate aku Ngantuk .. BYEEEE

Wednesday, November 4, 2009

khusus untuk yang bergelar ISTERI ...

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah perlu taat & patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri pada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud & al-Hakim)

wahai SUAMI2 sekalian ...

Suami bertanggungjawab beri perlindungan, penjagaan dan kegembiraan pada isteri. Isteri amanah Allah, suami mesti menjaganya serta menggembirakan hatinya. Pastikan isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara: Tempatkanlah mereka (para isteri) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. (At-Talaq : 6)

Sunday, November 1, 2009

NOVEMBER

salam,

bulan November .. bulan yang aku nanti2kan kerana banyak tarikh2 penting dalam hidup aku ada dalam bulan NOVEMBER ... HEHEHEHE ...

pertama2nyer ialah TENTUlah pada 12 November 1975 tepat jam 12.08am seorang anak chomel telah dilahirkan ke donia lalu diberikan nama Noor Azlinda Abd Aziz (aku ler itu) ..

keduanyer plak .. pada tanggal 20 November 1996 jam 4pm aku selamat bergelar istheri kepada jejaka bernama Ramli Said .. tahun ini genap 13 tahun .. aniberseri kami .. banyak yang telah kami lalui suka duka susah senang .. dari menyewa bilik yang penuh pijat sehingga memiliki rumah sendiri .. aku sebenarnya bersyukur dipertemukan dengan dia .. mungkin dia bukan insan yang sempurna dan hebats .. tetapi ntahlah terlalu sukar aku nak perjelaskan kenapa aku masih sudi bergelar isteri dia .. sekarang kami telah mempunyai 4 orang cahaya mate (3 lelaki & 1 perempuan) .. thanks abah for being part of my life ..

ke3 pada tanggal 14 November 2009 aku dan anak2 akan berchoti ke Swiss dan akan melawat suamiku yang bertugas disana .. dan pertama kali jugalah aku akan merasa bagaimana suasana musim luruh / sejuk kerana selama ini aku hanya melihatnya di kaca tb sahaja ...

maka sudah pastinya kedatangan November kali ini amat aku nantikan ..

Followers