Thursday, March 11, 2010

BUNTU ... KELIRU ... PERSIMPANGAN DELIMA

aku kini amat buntu dengan keadaan diri aku sekarang ini .. kenapa aku jadi begini .. mungkin kerana permasalahan yang melanda diri ini ketika ini .. bak kata orang tua .. Di Luah Mati Emak .. Di Telan Mati Bapak .. apakah keputusan yang paling TEPAT untuk aku ambil ketika ini .. tapi yer mungking ada benarnya kata-kata seorang teman aku .. apa-apa jua keputusan yang ingin kau ambil .. jangan di pengaruhi oleh orang yang tak mengerti apa yang sedang kau lalui ketika ini .. Pisau dan Timun di tangan kau .. terpulang untuk kau untuk mencorakkannya ..

memang benar kata temanku itu tetapi keputusan yang bakal aku buat nie akan melibatkan satu jangka masa amat panjang dan ia bukan hanya melibatkan diriku .. lebih UTAMA adakah ia bakal memanafaatkan permata2 hatiku atau ia akan membawa mereka lebih terkecewa dari sekarang ini ..

entahlah .. Ya ALLAH .. aku teramat Buntu Keliru dan di Persimpangan Delima ketika ini .. berilah sedikit pedoman agar aku boleh membuat sesuatu keputusan yang paling TEPAT .. dan aku juga mohon agar sesapa yang disekelilingku ketika ini memberi aku sedikit ruang untuk aku merenung dan menilai manakah jalan atau lorong yang ini aku dan permata hatiku pilih ..

Buntu Keliru dan benar-benar di Persimpangan ... rase-rasenya malam ini akan mengalir lagi mutiara jenih dari kolam mataku .. sememangnya aku teramat letih ketika ini ..

Wednesday, March 10, 2010

march / mac ..

walaubagaimana pun ejaannya .. march or mac .. please go away .. too much pain had happen to me during this particular month .. last year 28th march aku di %^&**%$ dan tahun ini tanggal 9 mac aku telah *&^%$## .. oh aku amat berharap agar bole lah kiranya tahun hadapan aku terus melangkau ke April ..

tetapi ini semua amat mustahil kerana Mac pasti akan datang setiap tahun .. nak atau tidak aku kena tempuhinya juga .. aku amat berharap agar tahun hadapan aku akan KUAT untuk menghadapi kedatangan bulan mac ..

aku amat berharap agar ada sinar di sebalik semua kejadian ini dan mane tahu MUNGKIN bulan mac tahun hadapan SINAR itu akan muncul pula .. AMINNNNNNNNNNNNNNN

semalam biarlah semalam ..

semalam tanggal 9 mac 2010 .. satu tarikh yang tak mungkin aku akan lupakan dalam hidupku .. ianya berlaku terlalu pantas .. dan kini aku akan melalui satu fasa baru di dalam hidup ini .. yer aku KENA .. MESTI .. WAJIB .. tabah dalam menjalani ujian ini .. aku kena jadi orang baru demi anak-anakku .. i MUST be strong .. aku tak boleh terus-terusan menyalahkan diri sendiri .. aku tak boleh terus-terusan shut my out like this any more .. aku kena BANGUN ..

ya ALLAH kuatkan lah semangat aku ini demi anak-anakku .. yang pergi biarlah menjadi lipatan sejarah .. aku tak pernah menyalahkan takdir .. aku tak pernah menyesali apa yang telah berlaku .. semua yang berlaku membuatkan aku lebih matang ..

hari ini tanggal 10 mac 2010 aku akan menjadi orang baru .. aku mahu tanamkan kesedihan aku jauhhhhhhhhhhhhhh jauh .. semalam memang hari serabut aku .. hari ini selepas 24jam kejadian itu berlaku .. aku kena BANGKIT semula .. i have to plan my self .. biarlah dia tak perlukan aku lagi tetapi anak-anakku masih memerlukan aku sehat gembira di samping mereka ..

aku teringat sebuah lagu lama ini .. antara baitnya ialah HATI MENANGIS TAK SIAPA YANG TAHU .. yer itulah aku sekarang .. let it be just inside of me .. janji orang tengok aku ceria di luar .. biarlah air mata ini mengalir ketika hanye aku bersendirian .. ketika anak2ku semua sedang lena di ulit mimpi .. ketika kegelapan malam menyelimuti suasana .. dan pada ketika itulah aku akan izinkan air mata ini mengalir .. bukan lagi didepan anak2ku .. itu janjiku pada diri sendiri

untuk mr CM .. jika dia membaca luahan hatiku ini .. ingin aku luahkan disini dengan seikhlas hati .. terima kasih kerana hadir dalam hidupku .. terima kasih kerana sudi memberi 4 permata indah yang tak ada tolok bandingnya di dunia ini .. terima kasih kerana sudi menjadi teman yang paling sporting selama ini .. terima kasih untuk SEGALAnya .. halalkan makan minumku selama ini .. semoga kita akan terus bersahabat sampai bila2 .. insyaallah

Followers