Monday, August 17, 2009

Ramadhan Datang Lagi

pejam celik pejam celik Ramadhan bakal tibe tak berapa hari lagi .. bagi sesetengah orang inilah bulan untuk mencari rezeki lebih dengan membuat kerja sampingan seperti jualan biskut raye, jualan di bazar ramadhan, jualan baju-baju raya dan juga yang pasti amat sibuk adalah tukang2 jahit .. bagi aku .. tempahan baju aku dan anak2 telah siap cuma baju suamiku sahaja yang masih belum siap .. insyaallah akan siap dalam sehari dua ini ..

ramadhan kali ini bermakna sudah 3 kali ramadhan aku tidak menyambut dengan suamiku .. bagaimana yer perasaan aku .. pada tahun pertama (200&) amat sayu .. saat berbuka atau bersahur pasti teringat akan dia almaklum 11 tahun telah berpuasa bersama .. masuk tahun ke dua (2008) keadaan lebih stabil bagi emosiku tetapi menjelang hari lebaran .. sebak sayu semua cukup kerana dia tidak berkesempatan pulang berhari raya bersama ..dan tahun ini (2009) keadaan masih sama iaitu he is not around dan hari lebaran pon hanye aku dan anak2 sahaja .. jika di tanye di mana destinasi aku ingin berhari raya pada kali ini .. tiada jawapan yang pasti kerana padaku my hari raya is no meaning without my husband .. tp syukur anak2 masih bersamaku .. merekalah kekuatan untuk aku pada hari2 istimewa seperti ini ..

to my beloved husband jika terbaca coretanku ini .. ingin aku secara terbuka dan bersempena kedatangan bulan yang mulia ini ingin ku memohon 1000 kemaafan darimu .. di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan dan halalkan segala makan minum wang ringgit yang di beri kepada i selama ini .. semoga ibadah puasa kita di berkati Allah SWT .. cant wait for next year for us to berpuasa dan berhari raya bersama .. INSYAALLAH ..

Saturday, August 15, 2009

Adek Kena Campak

Today 16 Ogos 2009 adek (Muhammad Yusuf Adlan) kena campak .. aduss kesian tengok muke dia .. Demam dia dah mula dari hari Selasa lepas so Rabu aku amik EL bawa ke klinik doktor mengatakan hanya Kahak yang banyak maka ubat cair kahar di beri .. Khamis di hantar ke umah MakSu seperti biase .. keadaan masih demam tetapi sedikit ceria berbanding dengan keadaan hari Rabu .. Rabu mmg sunguh2 menguji kesabaran .. Dari pukul 2 pagi hingga ke malam tak dan nak cilok untuk lelap mate kerana adek merengek aje .. Di pendekkan cerita Jumaat pagi seperti biase aku bangun pukul 530 kejut anak2 hendak ke sekolah .. si kakak dah tanye kenapa muka adek merah sangat .. aku yang sedang sebok di dapor hanye mendengar sekali lalu .. bile tibe masa untuk di angkat ke umah MakSu baru aku perasan .. Adusssss sahih ler nie .. Campak tetapi aku tak dapat cuti kerana surang lagi teman sekerja bahagianku anaknya di tahan di wad .. Aku dengan berat hati terpaksa menghantar ke rumah MakSu sambil memohon jutaan maaf (psttt Adek TERjangkit pon dr sana) tetapi bukan niatku untuk membalas dendam tetapi Terpaksa .. untuk yang tidak tahu .. Aku hidup sendiri di sini .. maka tiada suami yang boleh aku minta untuk membantu dalam keadaan2 begini .. Hari ini demam adek telah tiada .. dia dh boleh senyum tetapi kenkadang masih meragam .. tetapi merah badan masih belum berkurang .. ade yang mengatakan mandi gune daun inai .. gune daun mambu ke sambu ke bambu ke aku pon tak pasti .. yang pasti WA LOTIH ooooooooooo .. disini aku kasik gambo dia dan tompok2 merahnyer untuk tatapan umum

Tuesday, August 11, 2009

cuti sekolah kerana H1N1

salam,

tentu tajuk hari ini dah tidak menjadi kejutan pada korang semua kerana saban hari kita akan membaca jumlah kematian yang meningkat gara-gara H1N1 .. so semalam petang apabila tiba di rumah babysitter .. MakSu (panggilan kepada beliau) memaklumkan kelas Aiman (anakku yang sulung) telah ada seorang disyaki penyakit tersebut .. Uishh risau jugak di hati ini almaklum ler anakku itu tergolong dalam golongan berisiko kerana sejarah asthmanya yang lalu .. Apabila di tanya samada cikgu telah menutup kelas tersebut atau tidak Aiman mengatakan tak der apa-apa arahan dari cikgu .. MAKA pagi ini dengan kuasa GURU kepada segala GURU BESAR yang ada aku telah memberi cuti kepada Aiman & juga Anis kerana mereka sama sekolah cume lain sessi .. Baik bertindak sekarang dari menyesal kemudian hari ..

Sekian ..

Followers