Wednesday, March 10, 2010

semalam biarlah semalam ..

semalam tanggal 9 mac 2010 .. satu tarikh yang tak mungkin aku akan lupakan dalam hidupku .. ianya berlaku terlalu pantas .. dan kini aku akan melalui satu fasa baru di dalam hidup ini .. yer aku KENA .. MESTI .. WAJIB .. tabah dalam menjalani ujian ini .. aku kena jadi orang baru demi anak-anakku .. i MUST be strong .. aku tak boleh terus-terusan menyalahkan diri sendiri .. aku tak boleh terus-terusan shut my out like this any more .. aku kena BANGUN ..

ya ALLAH kuatkan lah semangat aku ini demi anak-anakku .. yang pergi biarlah menjadi lipatan sejarah .. aku tak pernah menyalahkan takdir .. aku tak pernah menyesali apa yang telah berlaku .. semua yang berlaku membuatkan aku lebih matang ..

hari ini tanggal 10 mac 2010 aku akan menjadi orang baru .. aku mahu tanamkan kesedihan aku jauhhhhhhhhhhhhhh jauh .. semalam memang hari serabut aku .. hari ini selepas 24jam kejadian itu berlaku .. aku kena BANGKIT semula .. i have to plan my self .. biarlah dia tak perlukan aku lagi tetapi anak-anakku masih memerlukan aku sehat gembira di samping mereka ..

aku teringat sebuah lagu lama ini .. antara baitnya ialah HATI MENANGIS TAK SIAPA YANG TAHU .. yer itulah aku sekarang .. let it be just inside of me .. janji orang tengok aku ceria di luar .. biarlah air mata ini mengalir ketika hanye aku bersendirian .. ketika anak2ku semua sedang lena di ulit mimpi .. ketika kegelapan malam menyelimuti suasana .. dan pada ketika itulah aku akan izinkan air mata ini mengalir .. bukan lagi didepan anak2ku .. itu janjiku pada diri sendiri

untuk mr CM .. jika dia membaca luahan hatiku ini .. ingin aku luahkan disini dengan seikhlas hati .. terima kasih kerana hadir dalam hidupku .. terima kasih kerana sudi memberi 4 permata indah yang tak ada tolok bandingnya di dunia ini .. terima kasih kerana sudi menjadi teman yang paling sporting selama ini .. terima kasih untuk SEGALAnya .. halalkan makan minumku selama ini .. semoga kita akan terus bersahabat sampai bila2 .. insyaallah

1 comment:

Bates Kebobates said...

semalam yang berlalu hanya tinggal kenangan
seribu kisah cinta hanyut dalam bayangan
mengharungi segala kau dan diri ku
ini kah dia yang dikata cinta.... cinta..

bertemu dan berpisah esok yang dinantikan
adakah semalam berulang lagi
indahnya istana mu milik kita berdua
sayang engkau nodai dengan racun berbisa

cinta dan harapan menjadi persenda
musnahlah harapan derai air mata
tinggal kenangan.... berakhirlah tragedi cinta semalam

hingga kini masih ada harapan ku pada mu
moga kau mengertilah hati ku ini
walau pun masih ada tanggapan mu pada ku tiada akan berubah hati ku ini....

Followers