Saturday, March 13, 2010

jikaku tahu begini sudahnya ...

melihat pada tajuknya pasti ada yang terpikir pasti aku sedang menyesali akan sesuatu .. mungkin yer ..mungkin juga tidak .. aku tidak pernah menyesali apa yang telah aku lalui didalam hidupku ini selama hampir 35 tahun aku bernafas di bumi Allah ini ..

ia penuh dengan warna duka dan ceria .. tawa dan tangis .. aku amat bersy ukur kerana warna-warna inilah telah menjadikan aku seperti hari ini .. aku percaya tak semua yang aku ingini aku akan kecapi tetapi tak salah jika aku berusaha untuk itu ..

aku juga percaya tiada seorang pun insan di dunia ini yang bergelar manusia selain dari junjungan kita ada insan yang sempurna .. semua tak lari dari melakukan kesilapan kerana dari kesilapan itu membuat dan menjadikan kita lebih dewasa .. sedangkan nabi Agung kita mengampunkan umatnya .. inikan pula kita manusia yang kerdil dan hina ini .. apa hak kita untuk tidak memaafkan kesalahan seseorang itu .. apa hak kita tak ingin memberinya peluang kedua untuk dia menebus kesilapan yang lalu .. terlalu hinakah dia di mata kita sampai kita tidak ingin memberikan dia peluang kedua ..

kehidupan adalah satu roda .. kadang kala di atas kadang kala di bawah .. kita juga tidak tahu apa yang telah menanti kita dihadapan sana .. semuanya telah tertulis sebelum kita wujud lagi didunia ini .. ajal maut jodoh pertemuan .. semua telah di tentukan cuma kita sahaja yang tahu akan rahsia agung ALLAH itu .. jika kita tahu begini berakhirnya sesebuah perkahwinan yang menemui kegagalan di tengah jalan .. pasti dari awal-awal lagi kita tak ingin terlibat didalam ikatan tersebut .. kerana ia sebuah pengakhiran yang menyakitkan .. tapi kita TAK TAHU .. dan bila ia terjadi .. BAMMMMMMMMMMM ia seperti sebuah tamparan yang hebat tepat ke pipi kita .. dan mula kita akan memikirkan adakah ini penghujung kepada kehidupanku .. adakah ini satu titik tolak kepada satu kehidupan yang lebih bahagia .. kita TIDAK TAHU .. dan kita kena melalui hari demi hari untuk merungkai misteri tersebut ..

ia semua berbalik kepada kehidupan ku kini .. aku harus terus menempuhi hari mendatang untuk mengetahui apa yang menanti dihadapan sana .. aku amat berharap agar diberi peluang kedua kali untuk menebus kesilapan aku yang telah lalu .. aku harus bersyukur di turunkan ujian ini kerana aku percaya ALLAH tahu akan kekuatan diri umatnya untuk menerima setiap ujian yang diturunkan .. dan aku berjanji pada diri sendiri jika peluang kedua itu diberi padaku .. aku ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya .. INSYAALLAH ..

No comments:

Followers