Saturday, December 5, 2009

happy bday GIRL




9 tahun yang lalu tanggal 5 disember 2000 jam 10.33 malam bertempat di Hospital Bersalin HKL.. lahirlah ke dunia seorang puteri yang di beri nama Noor Aina Hannisa Binti Ramli .. waktu itu baru seminggu umat islam berpuasa ..

Yer itulah satu-satunya puteriku .. Today genap dia berusia 9 tahun .. hurmm sungguh pantas masa berlalu .. Kalau dikenang2 macam baru semalam aku memegang dia yang seberat 3.03kg yang berambut lebat hitam muka persis anak cina ..

Ari ini siang nanti abahnya berjanji hendak membawa kami picnic sempena BDAY dia .. Almaklum di sini dia tiada teman untuk meraikan hari tersebut .. Nanti aku akan poskan serba sedikit gambar2 picnic itu ..

Yang melucukan semasa aku sebok berkemas2 beg pakaian untuk ke Swiss ari tu .. dia ada menyebut tentang Hari Jadinya dan kerisauan dia tentang tiada kek yang halal untuk disediakan pada hari itu .. Maka ngan amat bijaksananya dia .. Dia menyuruh aku membawa kek Secret Recipies dari Malaysia ke Swiss .. Lucu kan .. aku sekadar mengiyekan aje .. tapi ari ini dia dah lupe tentang isu kek kerana dia dijanjikan picnic oleh Abahnya .. Hurmm anak Abah .. Daddys Girl .. itulah gelaran yang amat tepat untuk diberikan kepadanya dan diakui sendiri oleh Abahnya ..

lupe aku nak update kes dia pergi ke kota dengan abah kelmarin .. seperti yang aku jangka bukan setakat topi di belinya .. cekak rambut .. stoking ala2 panty hose .. sarung tangan dan hari ini dia meminta abah membelikan lagi stoking sebegitu .. hurmm no komen ..

ini adalah foto terkini anak daraku yang aku panggil ANIS ..

No comments:

Followers