Tuesday, October 20, 2009

untuk RENUNGAN bersama ........

pasti ada diantara teman-temanku terkejut membaca tulisan di bawah .. pecayalah bukan aku yang menulisnya tetapi sekadar meminjam sekejap ayat-ayat indah itu untuk di hayati bersama-sama kerana padaku ayat-ayat tersebut menyimpan 1001 maksud tersirat ...


1) Pasti Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

2) Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cint...a itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

3) Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

No comments:

Followers