hehehehe itulah tajuk post ari nie .. anak sulung ku aiman pada jumaat yang lalu telah menjual sausages di sekolah sempena HarI Usahawan .. Kecoh nya bukan main kerana dari awal minggu sudah remind aku tentang aktiviti hari Jumaat tersebut .. maka pagi Jumaat subuh2 gelap aku dah bangun siapkan barangan jualan dia .. bukan apa sangat sekadar sausage sahaja .. yang kemudian di bungkus siap-siap di dalam plastik .. I
su kedua ialah berapa dia patut jual .. Aku mengatakan ikut suke ler maka dia pon berada di persimpangan delima antara 50 sen atau RM1 .. dan seperti biase adik perempuannya akan menyelesaikan persoalan abangnya .. dia mengatakan selalu di sekolah 1 sausage dijual 50sen dan ini satu plastik ade 2 so jual le RM1 .. si abang pulak tak sampai hati kerana katanya MAHAL nnt tak laku penat nnt nak kena bawak balik umah .. Maka aku as usual menggunakan kuasa HAKIM meletakkan harga antara 50 sen atau RM1 (minta dia merujuk kepada cikgunya) dan jika ada lebih pergi sedekah ke kawan-kawannya .. selesai satu isu .. isu ke3 .. dia mintak di beri duit pecah sebab nanti nak jualan senang nak kasik baki .. maka aku kasik le RM1 ada 2 keping dan duit syiling ada dalam RM3 ..
setelah pulang kerja aku menanyakan status jualannya .. maka dengan bangganya dia mengatakan jualan dia habis semua dan sekarang dia dah KAYA .. dia untung RM21 .. Alhamdulillah ..
bersama-sama ini aku letakkan gambar keuntungan jualan Aiman aka AIMAN OKB .. hehehe
No comments:
Post a Comment