pejam celik pejam celik Ramadhan bakal tibe tak berapa hari lagi .. bagi sesetengah orang inilah bulan untuk mencari rezeki lebih dengan membuat kerja sampingan seperti jualan biskut raye, jualan di bazar ramadhan, jualan baju-baju raya dan juga yang pasti amat sibuk adalah tukang2 jahit .. bagi aku .. tempahan baju aku dan anak2 telah siap cuma baju suamiku sahaja yang masih belum siap .. insyaallah akan siap dalam sehari dua ini ..
ramadhan kali ini bermakna sudah 3 kali ramadhan aku tidak menyambut dengan suamiku .. bagaimana yer perasaan aku .. pada tahun pertama (200&) amat sayu .. saat berbuka atau bersahur pasti teringat akan dia almaklum 11 tahun telah berpuasa bersama .. masuk tahun ke dua (2008) keadaan lebih stabil bagi emosiku tetapi menjelang hari lebaran .. sebak sayu semua cukup kerana dia tidak berkesempatan pulang berhari raya bersama ..dan tahun ini (2009) keadaan masih sama iaitu he is not around dan hari lebaran pon hanye aku dan anak2 sahaja .. jika di tanye di mana destinasi aku ingin berhari raya pada kali ini .. tiada jawapan yang pasti kerana padaku my hari raya is no meaning without my husband .. tp syukur anak2 masih bersamaku .. merekalah kekuatan untuk aku pada hari2 istimewa seperti ini ..
to my beloved husband jika terbaca coretanku ini .. ingin aku secara terbuka dan bersempena kedatangan bulan yang mulia ini ingin ku memohon 1000 kemaafan darimu .. di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan dan halalkan segala makan minum wang ringgit yang di beri kepada i selama ini .. semoga ibadah puasa kita di berkati Allah SWT .. cant wait for next year for us to berpuasa dan berhari raya bersama .. INSYAALLAH ..
No comments:
Post a Comment